Isu Viral: Fitnah terbesar era ini dan kesannya terhadap umat Islam.


                                                                          E-FOLIO

DUA 6022 : KOMUNIKASI DAN PENYIARAN DALAM ISLAM

TAJUK : ISU VIRAL: FITNAH TERBESAR ERA INI DAN KESANNYA TERHADAP UMAT ISLAM

KELAS : DSB5B

NAMA PENSYARAH : ENCIK MOHAMMAD HAFEEZ BIN MD RAMLI

NAMA AHLI KUMPULAN
        
             NUR FATHIAH BINTI SAPINI                            -02DSB17F1017
             NURUL IZZAH ATHIRAH BINTI MD ZAUTI  -02DSB17F1025
             SYAZANA AFIQAH BINTI ZAKARIA              -02DSB17F1043
             NORZATUL SYAMIERA BINTI NORDIN         -02DSB17F1061
             NUR AISYAH FAQIHA BINTI ABU BAKAR    -02DSB17F1071
              

PENGENALAN

Media sosial merupakan medium paling berpengaruh dalam menyebarkan maklumat. Penyebaran maklumat atau sinonimnya disebut viral bermaksud berkongsi apa jua maklumat yang berupa video, berita dan imej secara pantas melalui internet. Maklumat yang diviralkan boleh jadi perkara betul atau palsu, boleh jadi perkara benar mahupun salah. Jika perkara yang baik diviralkan pastinya kita akan mendapat manfaat dan pahala berterusan sampai akhirat namun jika viral perkara yang sebenar berlaku dibimbangi mengundang fitnah dan dosa sehingga akhirat. 

Tetapi, pada abab ini kebanyakan perkara yang viral adalah tidak benar dan mengundang fitnah dalam kalayak masyarakat. Hal ini disebabkan viral di laman sosial ini tidak diurus dan dipantau dengan baik akan mendatangkan satu suasana yang sangat bahaya. Pun begitu, ada segelintir individu yang memang suka menyebarkan maklumat, berita, cerita dan video-video yang tidak baik, malah apa sahaja yang dilihat di media sosial cepat sahaja jari jemari itu menekan butan share tanpa usul periksa terlebih dahulu. 

Hasilnya bukan sahaja maklumat yang diviralkan itu mengundang dosa dan fitnah malah bagi yang gagal mengawal emosi ada sahaja reaksi caci maki dan tambah menambah cerita yang tidak pernah berlaku.Apabila diviralkan perkara yang tidak elok sebegini ini sekaligus menunjukkan akhlak diri individu tersebut. Oleh yang demikian, sama samalah menjaga anggota masyarakat dan tidak menjadikan medium media sosial sebagai tempat itu menviralkan perkara yang boleh mencetuskan fitnah.

MAKSUD FITNAH


Fitnah merupakan satu bentuk komunikasi kepada satu pihak atau lebih yang bertujuan untuk memberikan stigma negatif atas sesuatu peristiwa yang dilakukan oleh pihak lain, ia berdasarkan atas fakta palsu yang dipengaruhi oleh sifat penghormatan, buruk sangka, obses, atau menjatuhkan dan/atau menaikkan nilai reputasi seseorang atau sesuatu pihak. Kata "fitnah" diserap dari bahasa arab, dan pengertian aslinya adalah "cubaan" atau "ujian".

JENIS FITNAH

  1. Fitnah Syubhat
Syubhat berarti samar-samar atau tidak jelas. Dalam fiitnah syubhat, seseorang menjadi rosak ilmu dan keyakinannya sehingga menjadikan perkaran ma’ruf menjadi samar dengan kemungkaran, sementara kemungkaran sendiri tidak ia hindari (dikerjakan). Fitnah syubhat merupakan fitnah paling berbahaya oleh kerana kurangnya ilmu dan lemahnya bashirah, ketika diiringi dengan niat buruk dan hawa nafsu maka timbullah fitnah besar dan keji.
Rasulullah SAW  sangat bimbang akan fitnah syubhat, sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Barzah Al-Aslamy, beliau bersabda yang artinya;
“Sesungguhnya di antara yang aku takutkan atas kamu adalah syahwat mengikuti nafsu pada perut kamu dan pada kemaluan kamu serta fitnah-fitnah yang menyesatkan.” (H. R. Ahmad).
YangTermasuk dalam fitnah syubhat adalah;
  • Kekafiran
Allah SWT berfirman yang artinya;
Katakanlah: “Apakah akan Kami beritahukan kepadamu tentang orang-orang yang paling merugi perbuatannya?” iaitu orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahwa mereka berbuat sebaik-baiknya. mereka itu orang-orang yang telah kufur terhadap ayat-ayat Tuhan mereka dan (kufur terhadap) perjumpaan dengan Dia, Maka hapuslah amalan- amalan mereka, dan Kami tidak Mengadakan suatu penilaian bagi (amalan) mereka pada hari kiamat.  (Q. S. Al Kahfi 18: 103-105).
  • Kemunafikan
Allah SWT berfirman yang artinya;
Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka seksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta. dan bila dikatakan kepada mereka: ’Janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi.’ Mereka menjawab: “Sesungguhnya Kami orang-orang yang mengadakan perbaikan.”  (Q. S. Al Baqarah 2: 10-11).
  • Bid’ah penyebab perpecahan
Sebuah hadis dari Mu’awiyah bin Abi Sufyan RA,
“Ketahuilah, sesungguhnya Rasulullah SAW berdiri kepada kami, lalu bersabda: Ketahuilah, sesungguhnya Ahlul Kitab sebelum kamu telah berpecah-belah menjadi 72 agama. Dan sesungguhnya agama ini (Islam) akan berpecah-belah menjadi 73 agama. 72 di dalam neraka, dan satu di dalam syurga, iaitu Al-Jama’ah.”
  1. Fitnah Syahwat
Fitnah syahwat merupakan segala perbuatan yang dapat melemahkan dan mengikis iman seseorang disebabkan oleh mengikuti hawa nafsu. Mereka yang terkena fitnah syahwat biasanya malas beribadah serta tidak segan melanggar perintah Allah dan mengerjakan apa yang dilarang. Hal ini disebabkan oleh hawa nafsu  dari iblis yang sentiasa mengiringi dan membuat iman semakin lemah.
Umumnya, fitnah syahwat adalah segala sesuatu yang berhubungan dengan dunia, kesenangan, dan yang membangkitkan hawa nafsu.Allah SWT berfirman yang artinya;
“Dijadikan indah bagi manusia kecintaan kepada syahwat (apa-apa yang diingini) berupa wanita, anak-anak, harta kekayaan yang berlimpah dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia. Dan di sisi Allahlah tempat kembali yang baik (surga).” (Q. S. Al-Imran : 14).
KESAN FITNAH 


Fitnah bukan sahaja merupakan perbuatan yang terkutuk dan dilaknat oleh Allah S.W.T bahkan juga membawa kesan buruk kepada individu mahupun masyarakat.

Antara kesan fitnah ialah menimbulkan keburukan dan mengaibkan seseorang. Nama baik dan air muka seseorang individu boleh tercemar atau tercalar apabila wujud fitnah yang dilemparkan terhadapnya yang mana boleh mengaibkan dirinya.

Hal ini lantas boleh menyebabkan wujud rasa kebencian dan permusuhan terhadap mangsa fitnah tersebut. Dengan ini, individu itu bukan sahaja akan berdepan dengan cercaan dan pandangan serong terhadapnya malah reputasi dan kredibilitinya juga akan dipertikai. Antara impaknya ialah tercetusnya masalah rumah tangga sehingga mengakibatkan perceraian akibat cerita buruk melalui fitnah yang disebar. Selain itu, fitnah juga boleh menjejaskan periuk nasi mangsa dan pekerjaan atau sumber rezeki individu berkenaan.

Fitnah secara tidak langsung juga boleh menyebabkan sesorang mangsa mengalami tekanan emosi dan masalah psikologi apabila timbul stigma, pandangan negatif dan prejudis terhadapnya.

Tanpa iman dan semangat yang kuat dan kental, seseorang itu akan dicengkam dengan rasa sedih dan murung yang melampau hingga melarikan atau menyepikan diri dari masyarakat. Dalam keadaan yang lebih teruk, mangsa mungkin mengalami agorafobia, iaitu sejenis masalah apabila penghidapnya mengalami rasa takut untuk berada di tempat awam atau tempat terbuka.
Bukan itu sahaja, fitnah ialah satu perkara yang boleh merosakkan persaudaraan dan perpaduan. Kesan daripada perbuatan itu bukan hanya merugikan seorang dua, malah menyebabkan permusuhan, pertelagahan serta hilangnya perasaan kasih sayang, hormat dan kepercayaan dalam kalangan masyarakat. Apabila ukhuwah serta semangat persaudaraan luntur maka lenyap dan runtuhlah kebahagiaan dan kemanisan hidup bermasyarakat.

Selain itu, fitnah mampu mengancam keselamatan negara apabila nama negara terjejas. Anasir fitnah yang berleluasa mampu menyebabkan keseimbangan negara dan keselamatan negara tergugat lantas mencetuskan pergolakan.
Apabila salah faham akibat fitnah timbul seperti timbulnya provokasi sentimen perkauman dan keagamaan, suasana yang genting boleh mencetuskan peperangan dan pertumpahan darah.

Di samping kesan buruk fitnah terhadap institusi sosial, fitnah juga boleh menjatuhkan ekonomi negara. Kesannya ialah mewujudkan sentimen anti sesebuah negara serta membentuk persepsi palsu dan negatif. Hal ini mampu memberikan impak kepada sektor ekonomi sesuatu negara.

Keburukan dan persepsi negatif ini boleh menakutkan pelabur dan peniaga asing untuk melabur di sesebuah ngara itu akibat. Selain itu, fitnah juga akan menempias industri pelancongan sesuatu negara. Bukan itu sahaja, hal ini malah boleh membawa kepada pemboikotan produk atau barangan dari sesebuah negara itu. Akibatnya, ekonomi negara akan menjadi lumpuh.
Fitnah merupakan perbuatan yang dipandang hina oleh mana-mana agama kerana impak buruknya. Justeru, langkah untuk menangani atau membendung masalah ini perlu dipandang serius dan dilaksanakan.

CARA ATASI FITNAH 

1. Berhati-hati dalam memilih teman
Teman yang baik tidak akan membicarakan keburukan anda untuk sekedar menjadikannya sebagai bahan gosip. Teman yang baik merupakan teman yang tulus berbuat baik tidak hanya di depan namun juga di belakang anda. dalam memilih teman harus selektif terlebih jika anda merupakan tipe orang yang sering membicarakan hal pribadi dengan teman anda.
Perlu diingat untuk tidak memilih teman yang suka membicarakan keburukan orang lain di depan anda. Ketika anda memiliki teman yang seperti itu ada kemungkinan jika anda akan menjadi bahan gosip ketika teman anda tengah berbual dengan yang lain. Seorang teman yang baik adalah mereka yang selalu mengajak anda melakukan hal-hal yang positif. Anda tidak perlu ragu dan takut untuk meninggalkan teman yang mengajak pada keburukan.
2. Lebih banyak di rumah
3. Hindari menggosip
Berhenti untuk menggosipkan orang. Ketika anda menggosip, orang yang menjadi bahan gosipan terkadang tidak terima dan balik menggosipkan anda. Di dalam gosip sendiri terdapat begitu banyak fitnah yang tersebar. Singkatnya, bagi anda yang tidak ingin menjadi bahan gosip ataupun bahan fitnah tentu anda tidak boleh juga menfitnah orang. Tahan lidah anda untuk tidak membicarakan orang lain.
Gosip tidak hanya dapat terjadi secara lisan namun juga tulisan. Mengingat banyaknya media sosial yang ada, sebaiknya anda menahan diri untuk menggunakannya sebagai media menggosip dan memfitnah. Jauhkan diri dari banyaknya hal buruk yang berupa lisan maupun tulisan entah di dunia nyata maupun dunia maya. Dalam media online, sebaiknya anda dapat menjaga diri anda dengan baik.
Jangan memajang foto yang vulgar yang dapat menimbulkan fitnah setelahnya. Selain itu jangan pula menciptakan berita-berita buruk melalui tulisan yang dapat anda unggah dengan mudah disana. Anda juga dapat menghindarkan pikiran-pikiran anda dari hal buruk yang banyak diliput di layar televisi seperti berita-berita gosip.
4. Berperilaku baik
Perilaku baik membuat anda dicap sebagai orang yang baik dan pastinya tidak akan ada yang berusaha memfitnah anda. Sekalipun anda difitnah, akan banyak orang yang tidak percaya dan mengganggapnya sebagai angin lalu. Perilaku yang baik membuahkan hal yang baik pula seperti mendapatkan teman yang juga baik.
5. Langkahkan kaki pada tempat yang baik
Cara yang satu ini merupakan cara efektif bagi anda agar terhindar dari fitnah. Langkahkan kaki anda pada tempat-tempat yang baik saja. Beragam tempat yang membuat anda terkena banyak fitnah biasanya tempat-tempat yang tidak baik seperti kelab malam, tempat lepak dan  sebagainya. Jaga baik-baik diri anda supaya tidak melangkah pada tempat yang terdapat banyak maksiat dan banyak hal buruk di dalamnya.
6. Tumbuhkan rasa sayang
Menumbuhkan rasa sayang bukan hanya untuk keluarga melainkan juga untuk semua. Rasa sayang sendiri mampu merendam datangnya fitnah. Hal ini dikarenakan rasa sayang yang besar sehingga tidak akan ada yang mencela anda begitu pula sebaliknya.
Rasa sayang terhdap sesama dapat dipupuk dengan melakukan tindakan-tindakan yang baik. Ketika anda baik kepada orang tentu balasan yang anda dapatkan juga baik dan begitu pula sebaliknya ketika anda berbuat buruk pada orang lain, maka keburukan jugalah yang akan anda dapatkan.
7. Jangan terlalu banyak berbicara
Ada banyak sekali cara menghindari fitnah dimana salah satunya adalah dengan menghindari sifat gemar berbicara. Berbicaralah seperlunya saja dengan perkataan yang jujur dan tidak dibuat-buat. Sikap terlalu banyak bicara membuat anda mudah mengumbar rahasia orang yang dia percayakan pada anda. Hal ini dapat berdampak buruk terutama jika orang tersebut tidak terima dan mulai memfitnah anda balik. Buatlah orang lain percaya pada anda dengan tetap menjaga rahasia mereka dengan baik.
8. Hindari tempat yang banyak digunakan untuk bergosip
Salah satu langkah tepat untuk menghindari fitnah adalah dengan menghindari area atau sumber fitnah itu sendiri. Ketika banyak orang berkumpul untuk membicarakan seseorang sebaiknya anda menyingkir dari tempat tersebut. Menggabungkan diri tidak membawa manfaat apa-apa bagi anda dan malah sebaliknya. Ketika terpaksa anda berada di tengah-tengah mereka, akan lebih baik jika anda diam dan tidak ikut dalam pembicaraan mereka.
9. Lakukan introspeksi diri
Melakukan introspeksi diri merupakan hal yang cukup sulit dilakukan terutama jika anda merupakan tipe orang yang egois dan mau menang sendiri. Tidak ada manusia yang sempurna merupakan hal yang perlu disadari oleh semua orang. Bukan hanya orang lain yang dapat melakukan kesalahan, namun anda juga bisa melakukannya. Mengintrospeksi diri sehingga dapat memperbaiki diri dapat menghindarkan anda dari fitnah. Mulailah berperilaku yang baik dan jauhkan sifat buruk dari diri dalam diri anda.
10. Berfikir positif
Memiliki pikiran yang positif merupakan cara baik untuk menghindari fitnah. Anda dapat menyibukkan diri dengan berbagai fikiran yang baik. Hindari memikirkan beragam hal yang tidak berguna yang dapat memenuhi kepala anda dengan bentuk-bentuk negatif. Cari kegiatan yang positif dan mulailah berkarya sehingga tidak ada celah bagi fikiran jahat untuk masuk kedalam kepala anda.

Hal-hal diatas dapat anda lakukan untuk menghindari datangnya fitnah. Namun yang paling penting adalah dengan menjaga diri dari lingkungan buruk penyebar fitnah. Hal yang perlu diingat adalah ketika anda tidak ingin difitnah orang tentu anda juga tidak boleh memfitnah orang terlebih dahulu.

CONTOH-CONTOH FITNAH YANG VIRAL







KESIMPULAN
Hakikatnya,jenayah fitnah ini memberi kesan yang sangat negatif kepada semua pihak. ia boleh mencetuskan huru-hara,kebencian,pergaduhan dan pertelingkuhan yang berpanjangan. Justeru, untuk membina sebuah masyarakat Melayu yang harmoni dan aman damai, jenayah fitnah ini pula, tanggungjawabnya bukan sahaja terletak di bahu pemerintah, malah semua anggota masyarakat wajib memikulnya. Dalam hal ini, golongan agamawan patut berada di barisan hadapan dengan memberikan contoh terbaik kepada masyarakat.
RUJUKAN 





Comments